Masuk

Jumat, 30 Maret 2012

Tanda Kiamat serta Pengertiannya

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)

ASAP
- Apakah yang dimaksudkan dengan asap?
Yang dimaksudkan dengan asap ialah asap seumpama kabut atau jerebu yang menyelubungi antara langit dan bumi dan mengenai semua manusia.

Dajjal
Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.

http://2.bp.blogspot.com/_nwPLuC5_hIo/TEEhQ0SDcmI/AAAAAAAAAE4/xc7D6Zs9jlY/s1600/archaeopteryx.jpg
Binatang
(Ilustrasi Gambar)
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,



 Yakjuj dan Makjuj
Berbalik semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu. Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya  si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.

Si laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan Freemason/Illuminati, manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap anggota kumpulan Khilafah.

Setelah Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam! Kini terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya. Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!

Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak

Cuba bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi. Asap itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke bumi (wallahualam).

Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran. Asap dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad Ahmad 3:140)
Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu kala (zaman Rasulullah saw).



Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?

Menurut sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan). Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.

Untuk pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic). Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.
Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa-bangsa  di asia tengah
Lihatlah semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu, negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi sangat-sangat lemah. Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam). Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?


Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!

Ketika asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh! Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.

Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering

Ketika Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka. Terlalu ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.

Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya

Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun  dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit Tursina, Mesir. Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.

Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah 

Menurut pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu adalah sejenis virus  yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai. Untuk membersihkan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai). Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.
Para pengakaji Islam percaya bahawa 'ulat merayap' yang akan menyerang leher dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus atau bakteria yang mudah berjangkit. 
Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan sendiri oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat

Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai Yakjuj dan Makjuj. Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui. Jika diberi kesempatan, insyaallah saya akan update lagi entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.

3 komentar:

  1. asap itu datangnya dari negara mana? ya, saya tahu timur..
    tapi timur dari india atau arab?

    BalasHapus
  2. Sangat mengerikan dan semoga tidak menimpa di zaman ini

    BalasHapus
  3. ya Allah,,,smoga semasa hidup hamba jgn mengalami tanda2 kiamat diatas ,,aamiin ya Allah

    BalasHapus

 
Support : @2012 | DCr | Chopat
Copyright © 2011. Blog Borneo - All Rights Reserved
Template Created by DCr Published by MyBloG
Proudly powered by Blogger